Negara Jepun Adalah Penduduk Yang Sunyi.


 Jumlah penduduk di Jepun adalah lebih kurang 126.99 juta(data 2016). Jepun adalah negara ke-10 di dunia yang mempunyai jumlah penduduk teramai (data 2015). kepulauan Honsyu mempunyai keluasan sekitar 23 ribu kilometer persegi dan merupakan pulau ketujuh terbesar di dunia. Keluasan seluruh Jepun adalah lebih kurang sama dengan negara Jerman. Disebabkan lebih kurang 70% negara Jepun dikelilingi oleh gunung-ganang, penduduk lebih tertumpu di kawasan lembah dan di kawasan pantai bagi membina penempatan. Di kawasan itu juga terdapat banyak pantai yang terpencil dan mendamaikan.

 Jepun adalah negara ke-10 di dunia yang mempunyai jumlah penduduk teramai (data terkini 2015). Terdapat banyak bandar berhampiran Lautan Pasifik yang beriklim sederhana seperti Tokyo, Osaka dan Nagoya di mana separuh daripada jumlah penduduk di Jepun tertumpu di tiga bandar besar ini. Kesesakan umat manusia yang sering dilihat di kota ini dari sumber-sumber gambar yang pernah kita lihat banyak  di internet sudah cukup bagi membuktikan bandar bandar di jepun  mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan juga  memberi tangapan pada kita bahawa penduduk-penduduk jepun ini pasti seorang yang ramah, kerana sering bertemu orang. Persoalan saya disini betulkah jepun ini negara orang- orang yang sunyi atau orang- orang yang keseorangan. jawapan dia betul jikalau anda tinggal disana dan tidak jikalau anda datang sekadar melancong. Orang- orang jepun memang sangat ramah tetapi meraka sangat menjaga privasi mereka. 

Ada artikel yang mengatakan Jepun adalah negara yang sunyi dan pandang itu adalah betul jikalau anda tinggal disana, Sebab apa saya mengatakan begini andai kata anda melancong kesana korang hanya pergi ke bandar-bandar besar dan orang orang jepun terlihat sangat ramah happy pergi kerja balik kerja malam berpesta di pusat kareoke benar jikalau anda pergi di tempat-tempat attraction dan juga di kawasan pendalaman, cuma boleh dikatakan meraka ini lebih suka bersendirian kawasan kampung-kampung hanya tinggal orang orang tua yang  hidup berdua-duaan saja disebabkan kerana ramai anak muda berhijrah di bandar-bandar. Realitinya  di jepun  mereka melakukan semuanya sendiri sehingga matipun meraka  sendiri akibat faktor daripada  meraka terlalu menjaga privasi mereke sendiri.  Memang meraka akan nampak mesra di pejabat dan kedai makan tetapi apabila dirumah meraka lebih suka bersendirian secara harfiahnya semakin maju sesebuah negara itu semakin hilang nilai-nilai sebuah budaya itu tetapi itulah risiko yang diambil oleh orang jepun sendiri.














 



Comments

Popular posts from this blog

Job opportunities for disadvantage people